CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 5, 2009

Ulasan Artikel 2

Communicating For A New Age



Artikel ini menceritakan bagaimana komunikasi pada zaman ini lebih efektif berbanding pada zaman sebelumnya. Sebagaimana yang kita tahu, pada alaf baru ini terdapat banyak cara baru untuk kita berkomunikasi contohnya seperti penggunaan emel dan teks mesej. Menurut Carol Kinsey Goman, sektor pekerjaan zaman ini banyak berkomunikasi dengan menggunakan peralatan elektronik contohnya penggunaan internet adalah lebih meluas berbanding komunikasi bersemuka.

Kaedah ini adalah lebih efektif kerana ianya menjimatkan masa,kos dan juga tenaga berbanding dengan kaedah lama seperti pada zaman Baby Boomers. Berikut merupakan pengelasan 4 generasi

i)Generasi Veteran (1927-1945)
ii)Baby Boomers(1946-1964)
ii)Generasi X(1965-1983)
iii)Gebnerasi Y(1984 keatas)

Sektor pekerjaan zaman ini menghadapi sedikit masalah dalam berkerjasama antara generasi X dan generasi Y kerana generasi X lebih cenderung berkomunikasi melalui cara tradisional iaitu cara bersemuka sedangkan generasi Y lebih gemar menggunakan kaedah elektronik yang lebih cepat dan efektif. Generasi X seharusnya mengadaptasi penggunaan peralatan elektronik dalam berkomunikasi bagi memudahkan proses komunikasi antara 2 generasi.

Pelajar-pelajar universiti sekarang juga banyak mengikut perubahan teknologi yang berkembang dari masa ke semasa dengan menggunakan perlatan elektronik dalam berkomunikasi agar mereka lebih mudah untuk mendapat peluang pekerjaan apabila mereka tamat pengajian nanti memandangkan dunia hari ini menuntut agar kita lebih maju dalam apa juga bidang termasuklah dalam sektor pekerjaan.

Ulasan Artikel 1
Highly Cherished

Setelah meneliti artikel ini, terbukti bahawa alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba,mp3,PDA,playstation dan iPods memainkan peranan penting dalam rutin harian individu pada masa kini. Sebagai contoh, komputer riba berperanan penting sebagai alat untuk para pelajar menyiapkan tugasan.

Di samping itu juga, perlalatan elektronik juga berperanan sebagai alat untuk menghibur seperti bermain game, berchatting dan juga mendengar lagu. Penggunaan peralatan elektronik ini adalah mengikut keperluan individu masing-masing dan kesesuaian penggunaannya.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika sesetengah individu sanggup berhabisan wang mereka semata-mata untuk memiliki kemudahan elektronik ini kerana pada zaman yang serba maju ini peralatan elektronik yang berteknologi adalah menjadi satu keperluan untuk setiap individu khususnya dalam bidang pendidikan mahupun sebagai alat untuk berhibur.