Ulasan Artikel 1
Highly Cherished
Setelah meneliti artikel ini, terbukti bahawa alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba,mp3,PDA,playstation dan iPods memainkan peranan penting dalam rutin harian individu pada masa kini. Sebagai contoh, komputer riba berperanan penting sebagai alat untuk para pelajar menyiapkan tugasan.
Di samping itu juga, perlalatan elektronik juga berperanan sebagai alat untuk menghibur seperti bermain game, berchatting dan juga mendengar lagu. Penggunaan peralatan elektronik ini adalah mengikut keperluan individu masing-masing dan kesesuaian penggunaannya.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika sesetengah individu sanggup berhabisan wang mereka semata-mata untuk memiliki kemudahan elektronik ini kerana pada zaman yang serba maju ini peralatan elektronik yang berteknologi adalah menjadi satu keperluan untuk setiap individu khususnya dalam bidang pendidikan mahupun sebagai alat untuk berhibur.